Description
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT terdapat ahli-Nya di kalangan manusia. Mereka bertanya, hai Rasulullah siapakah mereka? Jawab Baginda SAW, mereka ialah ahli al-Quran, ahlullah dan yang di istimewanya.”
(Riwayat Ibn Majah, al-Bazzar 4/22 dan Abu Nuaim 9/408)
“Al-Quran ini adalah hidangan Allah SWT. Oleh itu, hadaplah hidangan Allah SWT ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah SWT (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya,sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah SWT, kerana Dia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alif Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).
Riwayat al-Hakim
There are no reviews yet.