Set Eksklusif Kembara Menuju Allah

RM150.00

 

Ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.
Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.
+ Premium Gift Box
+ 4 Buah Buku Edisi Hardcover
+ Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga.

Ya Allah. Aku Rindu Kepada-Mu.

Kerinduan kepada Allah SWT itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Buku ini akan membantu kita menanam rasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersedia menghadapi kematian. Kerana kita semua tahu kematian adalah pintu untuk bertemu Allah SWT.

Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri.

Pada hakikatnya Allah SWT tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah SWT.

“Ingatlah Aku, nescaya Aku akan ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur.” Surah al-Baqarah ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia.

Inilah fasa seterusnya dalam kehidupan. Kita mahuakan satu kehidupan yang merasakan cukup dengan adanya Allah SWT. Hidup dengan Allah SWT, kita rasa cukup. Apa yang Allah SWT beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah SWT ambil itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah hanya Allah SWT bagiku dan tiada apa-apa di dalam hatiku melainkan Allah SWT.

Ya Allah. Kepada-Mu aku Kembali.

Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah SWT. Semoga kepulangan kita dalam keadaan yang diredhai.

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku. Surah al-Fajr ayat 27-30.

Out of stock

🔥 0 sold
SKU: BU-KEM-UAH-HC Categories: ,

Description

Ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Eksklusif Kembara Menuju Allah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *